Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media mengenai misi bantuan perubatan dan kemanusiaan ke Kota Palu, Sulawesi, Indonesia di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO, Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 09 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menasihatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak melangkaui kuasa yang ada padanya dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan berhubung isu khalwat, zina dan maksiat.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua kuasa itu terletak di bawah kerajaan negeri masing-masing termasuk di bawah kuasa Raja-Raja Melayu, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri (JHEAN).

“Nanti kalau saya komen atau beri nasihat, dia (Dr Mujahid) kata (komen) tak sampai tahap atau level dia, tak melangkaui tahap pemikiran dia.

“Jadi, saya rasa cukup-cukuplah (beri komen),” katanya pada sidang media Misi Bantuan dan Kemanusiaan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Bangunan Dato’ Onn di sini, hari ini.

Menurut Dr Asyraf Wajdi, sebagai menteri dan orang agama, Dr Mujahid perlu menggunakan hikmah yang ada padanya, kalaupun beliau mempunyai idea yang mencukupi dan dianggap sebagai bijaksana serta cerdik.

“Dia tak pandang (komen) netizen dan rakyat biasa. Saya rasa lebih baiklah kecerdikan itu digunakan untuk berbincang dengan Majlis Agama Islam Negeri atau mungkin elok dia mengadap Raja-Raja Melayu yang pastinya lebih cerdik daripada beliau,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan