Foto Reuters

LOS ANGELES – Alphabet Inc’s Google akan menutup rangkaian Google+ versi pengguna yang gagal dan mengetatkan polisi perkongsian data selepas mengumumkan profil data peribadi sekurang-kurangnya 500,000 penggunan yang mungkin terdedah kepada ratusan pemaju luar.

Isu tersebut ditemui dan diperbetulkan pada Mac lalu sebagai sebahagian daripada kajian semula bagaimana Google berkongsi data dengan aplikasi lain, kata Google dalam blognya.

Kajian semula itu mendapati, tiada pemaju yang menyelahguna data.

Saham syarikat induknya, Alphabet turun 1 peratus pada AS$ 1,155.92 berikutan isu privasi yang memberi kesan terhadap syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS).

Terdahulu The Wall Street Journal melaporkan, Google memilih untuk tidak mendedahkan isu keselamatan berikutan kebimbangan terhadap kawal selia keselamatan, kata sumber dan memo yang disediakan oleh kakitangan dan eksekutif Google. – Agensi