Home Utama Mansuh tol: Bergantung kepada pemegang kepentingan

Mansuh tol: Bergantung kepada pemegang kepentingan

245
0
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan berkata, tidak ada kerajaan yang boleh melanggar kontrak atau perjanjian yang dibuat dengan syarikat-syarikat konsesi.
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan berkata, tidak ada kerajaan yang boleh melanggar kontrak atau perjanjian yang dibuat dengan syarikat-syarikat konsesi.

KUALA LUMPUR – Semua keputusan berhubung penurunan atau pembekuan kadar tol bergantung kepada para pemegang kepentingannya.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan berkata, tidak ada kerajaan yang boleh melanggar kontrak atau perjanjian yang dibuat dengan syarikat-syarikat konsesi.

“Keputusan turun atau naik harga tol perlu dibincangkan bersama pemegang kepentingan dan semuanya bergantung kepada kontrak (perjanjian),” katanya dalam sesi perbincangan pada Persidangan Pelaburan Malaysia: A New Dawn di sini.

Beliau menjawab soalan moderator mengenai status penangguhan projek-projek oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan janji manifesto kerajaan untuk menurunkan harga tol.

Mengulas mengenai projek LRT dan MRT pula, Shahril berkata, kontrak mempunyai pelbagai kategori.

Dan, apa yang dilakukan oleh kerajaan pada masa ini adalah membuat rundingan semula terhadap kontrak-kontrak yang telah dimuktamadkan sebelum ini.

“Tidak ada isu pelanggaran kontrak, hanya rundingan semula sahaja,” kata beliau.

Ahad lalu, kerajaan dan MMC-Gamuda bersetuju pembangunan atas tanah MRT2 akan diteruskan dengan jumlah kos baharu iaitu RM17.42 bilion berbanding RM22.64 bilion sebelum ini.

Harga itu merupakan penjimatan sebanyak RM5.22 bilion

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengurangan ini dicapai melalui pengurangan kos dan rasionalisasi skop kerja yang masih mengekalkan kesemua stesen atas tanah.

Akan tetapi, Kerajaan Persekutuan dan MMC-Gamuda telah gagal mencapai persetujuan dan penyelesaian untuk kos kerja-kerja bawah tanah.

Kabinet juga memutuskan supaya kontrak kerja-kerja bawah tanah ditamatkan dan kerja-kerja yang masih belum disiapkan akan ditender semula melalui kaedah tender terbuka antarabangsa. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan