Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

MILAN – Pemain terkenal Real Madrid, Cristiano Ronaldo dinasihatkan supaya pulang ke negara asalnya di Portugal berikutan kes rogol yang dihadapinya.

Seorang pakar perundangan berkata, ia merupakan satu langkah bagi menghindari pemain tersebut daripada berdepan tindakan mahkamah Amerika Syarikat.

Ini kerana kata Profesor Emilio Cortes, seorang peguam terkemuka di Sepanyol, waran tersebut tidak boleh digunakan untuk suspek yang tinggal di negara mereka sendiri.

“Peraturan di Eropah dan AS adalah berbeza, dan pihak berkuasa Amerika mempunyai kemungkinan untuk memohon ekstradisi Ronaldo melainkan dia berada di Portugal,” katanya seperti dilapor Mirror Online.

Pada minggu lalu, polis Las Vegas membuka kembali siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Kathryn Mayorga, 34, bahawa dia dirogol oleh Ronaldo pada Jun 2009.

Nasihat peguam itu memberi kesan kepada penyerang berkenaan, yang menyertai kelab bola sepak Itali, Juventus menerusi kontrak selama empat tahun, sejak Julai lalu.

Ronaldo bagaimanapun boleh meneruskan kerjayanya di Portugal.

Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini memberitahu kepada lebih 75 juta pengikut media sosialnya bahawa beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. – MalaysiaGazette