Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, program pengurusan hutang itu seharusnya mampu mengoptimumkan perolehan kerajaan selain hanya tertumpu kepada terbitan bon sahaja.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempunyai kemampuan untuk melangsaikan hutang-hutangnya asalkan mempunyai satu program pengurusan hutang yang lebih baik dapat diwujudkan.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, program pengurusan hutang itu seharusnya mampu mengoptimumkan perolehan kerajaan selain hanya tertumpu kepada terbitan bon sahaja.

Tambah beliau, kerajaan juga tidak perlu risau mengenai keadaan ekonomi sekarang sebaliknya perlu memberi fokus kepada halatuju pertumbuhan negara jangka sederhana dan jangka panjang.

“Kerajaan perlu menetapkan halatuju jangka sederhana iaitu melibatkan pengurusan liabiliti dan perbelanjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

“Ini kerana impak jangka pendek tidak ketara maka ianya tidak perlu menjadi fokus utama,” katanya ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam sesi Malaysia Baharu: Ekonomi dan Profil Kredit Mapan sempena Forum Malaysia: Subuh Baharu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pakar Ekonomi CIMB, Michelle Chia menjangkakan kerajaan masih mampu mencapai defisit fiskal sebanyak 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar meskipun berhadapan dengan kekangan kewangan akibat menanggung hutang yang tinggi dan pembayaran balik tunggakan pembayaran semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan