Kelibat sebahagian daripada 15 lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan Jamal Khazhoggi. foto Reuters

ISTANBUL – Akhbar Sabah berkata, ia telah mengenal pasti pasukan perisikan terdiri daripada 15 anggota yang dipercayai terlibat dalam kehilangan wartawan Arab terkenal, Jamal Khashoggi.

Khashoggi terakhir dilihat seminggu lalu memasuki pejabat konsulat Arab Saudi di Istanbul untuk mendapatkan dokumen berkaitan perkahwinannya.

Semasa Khashoggi memasuki konsulat itu, tunangannya, menunggu di luar dan mendakwa lelaki itu tidak keluar.

Sumber-sumber Turki percaya Khashoggi yang dikenali sebagai seorang pengkritik terkemuka mengenai dasar Saudi telah dibunuh.

Bagaimanapun, Arab Saudi menafikan dakwaan tidak berasas itu.

Sumber keselamatan Turki sebelum ini memberitahu, sekumpulan 15 warga Arab Saudi tiba di Istanbul dan memasuki konsulat pada 2 Oktober lalu – hari yang sama Khashoggi berada di sana dan kemudian meninggalkan negara itu.

Akhbar Sabah yang pro-kerajaan Turki telah mendedahkan nama dan tahun kelahiran 15 warga Arab Saudis yang dikatakan tiba di lapangan terbang Ataturk di Istanbul pada 2 Oktober.

Dua belas daripadanya tiba lebih awal pada hari Selasa, berdasarkan foto yang diambil pada kawalan pasport.

Kesemua mereka berlepas pada empat masa berbeza, menurut akhbar tersebut.

Akhbar itu turut mendedahkan kumpulan 15 orang itu menetap di Hotel Wyndham and Movenpick di Istanbul, berhampiran dengan pejabat konsulat.

Salah seorang lelaki yang dikenal pasti dengan nama dan gambar dalam laporan Sabah adalah pakar forensik Arab Saudi.

Video siaran Turki NTV pula memaklumkan ada lelaki-lelaki yang tiba di lapangan terbang dan mendaftar masuk sebuah hotel, selain video tentang sebuah van besar yang tib