Reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berjalan keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberikan keterangan buat kali ke tiga berhubung dakwaan penyalahgunaan wang dana dalam Yayasan Akalbudi di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 10 OKTOBER 2018.

PUTRAJAYA – Selepas hampir sembilan jam, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang hadir kali ketiga di ibu pejabat itu hari ini selesai memberikan keterangan berhubung  penyelewengan dana Yayasan Akal Budi pada 5.41 petang.

Sebelum meninggalkan ibu pejabat SPRM sebentar tadi , Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut mengenai siasatan yang dijalankan oleh SPRM itu.

Sebaliknya beliau memberi gambaran akan dipanggil lagi bagi memberi keterangan berdasarkan kesesuaian tarikh dan masanya.

“Saya akan pilih tarikh dan masa saya ,” katanya ringkas.

Presiden UMNO itu tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.22 pagi tadi bersama-sama anaknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid dan abang tirinya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Nurul Hidayah terdahulu menafikan kehadirannya untuk memberikan keterangan.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan