Foto Instagram Wawa Zainal dan Aeril Zafril.

KUALA LUMPUR – Pelakon Wawa Zainal membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Toyota Vellfire kepada suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafril.

Wawa memberikan hadiah kereta itu kepada Aeril bagi membalas kejutan yang dibuat suami yang memberi Mercedes Benz C200 sebelum ini.

“Balas jasa suami belikan I kereta hari tu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki.

“Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport. Tahun depan ye sayang,” katanya di Instagram miliknya.

Sementara itu, Wawa memberitahu, tahun 2018 merupakan tahun paling bermakna buat dia dan Aeril terutama dalam bidang perniagaan.

“Tahun ni tahun yang sangat bermakna buat kami sikit impian Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat,” katanya.

Pada 3 Jun lalu, Aeril membuat kejutan istimewa kepada Wawa apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam.

Hadiah itu juga adalah bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan