Nurulhidayah Ahmad Zahid
Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Datuk Seri Ahmad Zahid (tengah) tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberikan keterangan buat kali ke tiga berhubung dakwaan penyalahgunaan wang dana dalam Yayasan Akalbudi terhadap bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 10 OKTOBER 2018.

PUTRAJAYA – Anak perempuan Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menafikan kehadirannya ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan tentang Yayasan Akal Budi.

Beliau yang meninggalkan ibu pejabat itu pada pukul 4:53 petang, bagaimanapun tidak menjawab soalan wartawan sebab kehadirannya itu.

“Awak pun disiasat? Tidak…Saya hanya menunggu,” katanya kepada media.

Nurul hadir bersama ayahnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan abang tirinya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9:22 pagi.

Zahid diminya hadir ke SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan Yayasan Akal Budi.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan