Penyanyi, Wany Hasrita memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31), beliau juga turut membawa pulang Anugerah Kategori Penyanyi Wanita Popular pada Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR- Pelakon Fathia Latiff terus mencetus kontroversi mengenai kemenangan penyanyi Wany Hasrita merangkul Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH31) pada Ahad lalu.

Menerusi status di Instagramnya sebelum dipadam, Fathia, 31, secara terbuka menyindir suara penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu seperti katak.

Malah pelakon drama Arianna Rose itu mendakwa kemenangan Wany kerana terdapat unsur rasuah.

“Suara pun macam katak ada hati nak menang. Nampak sangat rasuah. Face the reality, listen to her song carefully,” tulis Fathia sebelum dipadamnya.

Pada malam kemuncak ABPBH31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu, Wany turut membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular. – MalaysiaGazette