TERKINI : Zahid Hamidi Keluar Selepas 9jam Beri Keterangan di SPRM

Selepas hampir sembilan jam, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang hadir kali ketiga di ibu pejabat itu hari ini selesai memberikan keterangan tentang penyelewengan dana Yayasan Akal Budi pada 5:41 petang.

Zahid sebelum meninggalkan ibu pejabat SPRM sebentar tadi enggan mengulas lanjut sebaliknya memberi gambaran akan dipanggil lagi bagi memberi keterangan berdasarkan kesesuaian tarikh dan masanya.