Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberikan keterangan buat kali ke tiga berhubung dakwaan penyalahgunaan wang dana dalam Yayasan Akalbudi di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 10 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil lagi ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi esok.

Beliau perlu menghadirkan diri pada pukul 9 pagi.

Presiden UMNO itu menghabiskan masa kira-kira sembilan jam di pejabat SPRM hari ini bagi memberikan keterangan berhubung  penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Ahmad Zahid sempat memberitahu, beliau akan dipanggil lagi oleh SPRM. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan