ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia meneruskan kerugian pada pembukaan hari ini sejajar dengan prestasi semalaman yang lemah Wall Street berikutan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global.

Pada 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 41.45 mata kepada 1,693.73 daripada 1,735.18 pada Rabu. Indeks utama dibuka susut 35.42 mata pada 1,699.76.

Pasaran Amerika Syarikat (AS) susut semalam berikutan penurunan ketara dalam kaunter teknologi di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan kadar faedah. Begitu juga dengan saham Eropah yang mengalami kerugian besar yang diterajui oleh kaunter teknologi dan perlombongan.

Di Bursa Malaysia, rugi mengatasi untung 765 berbanding 40, dengan 110 tidak berubah, 957 tidak didagangkan dan 17 digantung.

Di tengah-tengah dagangan yang aktif, jumlah dagangan adalah 575.62 juta unit bernilai RM323.04 juta.

Menurut Maybank Investment Bank, penyusutan besar di pasaran AS adalah berikutan kebimbangan terhadap peningkatan kadar faedah juga prospek global yang mungkin akan memberi kesan limpahan terhadap pasaran tempatan hari ini.

“Secara teknikal kami menjangkakan FBMKLCI didagangkan pada 1,750-1,700. Sokongan menurun adalah 1,720 and 1,700,” kata bank berkenaan dalam nota penyelidikannya hari ini.

Indeks utama secara keseluruhan rendah semalam berikutan reaksi kepada potensi cukai baharu dalam pembentangan bajet 2019 pada 2 November, kata bank berkenaan.

Menerajui kaunter wajaran tinggi yang rugi hari ini adalah TNB yang susut 76 sen kepada RM13.92, sementara IHH Healthcare susut 25 sen kepada RM5, Maxis susut 19 sen kepada RM5.38, Digi susut 18 sen kepada RM4.39, Public Bank susut 34 sen kepada RM24.64 dan CIMB susut 14 sen kepada RM5.70.

Maybank susut sembilan sen pada RM9.42, Petronas Chemicals susut 15 sen kepada RM9.21 manakala Hong Leong Bank susut 24 sen kepada RM20.32.

Kaunter aktif, Sumatec tidak berubah pada tiga sen, Sapura Energy susut 1.5 sen kepada 34.5 sen, Hibiscus Petroleum susut lapan sen kepada RM1.17 sementara Borneo Oil dan Orion IXL masing-masing susut setengah sen kepada lima sen dan 10 sen.

Gamuda meningkat lima sen kepada RM2.12 selepas syarikat usahasamanya dengan MMC Corp Bhd, MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, mengumumkan bahawa ia kekal komited untuk meneruskan rundingan dengan Kementerian Kewangan dalam mencapai pengurangan kos yang dipersetujui terhadap kerja-kerja bawah tanah Transit Aliran Deras Laluan 2.

FBM 70 susut 390.84 mata kepada 13,479.43, Indeks FBM Emas Shariah susut 375.89 mata kepada 11,678.01, manakala Indeks FBM Ace susut 247.11 mata kepada 4,780.35.

Indeks FBM Emas susut 309.44 mata pada 11,706.58 manakala FBMT 100 Index susut 294.47 mata kepada 11,540.44.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 285.74 mata kepada 17,201.92, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 3.96 mata pada 169.31 manakala Indeks Perladangan susut 144.50 mata kepada 7,304.77.

— BERNAMA