Foto hiasan - Seorang penduduk kampung meredah air dengan motosikal ketika tinjauan Lensa MalaysiaGazette di Jitra, Kedah. foto IQBAL BASRI, 25 SEPTEMBER 2017

ALOR SETAR – Sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di Kedah pada petang ini yang menempatkan 352 mangsa banjir kilat daripada 116 keluarga di Kota Setar dan Pendang.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 4 petang, sebanyak tiga PPS dibuka di Kota Setar dan satu di Pendang.

Di Kota Setar, 170 mangsa daripada 55 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah sementara di PPS SK Gunung 108 mangsa daripada 38 keluarga dan PPS SK Suka Menanti 53 mangsa daripada 16 keluarga.

Sementara itu, di Pendang, PSS Dewan Serbaguna Pendang yang dibuka petang semalam menempatkan 21 mangsa daripada tujuh keluarga.

Tiga pusat pemindahan yang sebelum ini dibuka di Baling iaitu PSS Dewan Risda Tanjung Pari, PSS Dewan Orang Ramai Banggol Derom dan PSS Surau Kampung Seri Ketengga telah ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa pulang ke rumah masing-masing.

— BERNAMA