Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Datuk Seri Ahmad Zahid hadir bersama suaminya Datuk Saiful Nizam Mohd Yusof bagi memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 10 OKTOBER 2018.

PUTRAJAYA – Menantu kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff turut diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.

Sumber SPRM memberitahu, Saiful Nizam yang merupakan suami kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid juga disoal siasat berhubung kes sama iaitu berkaitan penyelewengan dana sebuah yayasan.

“Memang benar, SPRM hari ini memanggil menantu Ahmad Zahid (Saiful Nizam) untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi.

Saiful Nizam merupakan individu terbaru yang dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan dan dipercayai telah selesai diambil keterangan pada kira-kira 1 tengah hari tadi.

Semalam, Nurulhidayah turut memberi keterangan dipercayai berhubung kes sama.

— BERNAMA