Polis menahan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan bagi membantu siasatan kes liwat lelaki berusia 25 tahun di sebuah rumah di Batu Kawa pada 1 Dis lepas.
Polis menahan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan bagi membantu siasatan kes liwat lelaki berusia 25 tahun di sebuah rumah di Batu Kawa pada 1 Dis lepas.

KEPALA BATAS – Sepasang kekasih yang disyaki terllibat dalam kes samun dan ragut sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) ditahan polis dalam ‘Ops Rentap’ di Kepala Batas di sini.

Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis melancarkan Ops Rentap selepas menerima banyak laporan berhubung kejadian samun dan ragut di sekitar daerah itu sebelum berjaya menahan lelaki berusia 21 tahun itu pada pukul 1.15 tengah hari Selasa.

“Susulan penahanan lelaki itu polis merampas empat motosikal curi yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah serta pelbagai barang hasil samun dan ragut seperti dokumen peribadi dan beg duit mangsa. Semua nilai rampasan kira-kira RM25,000,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berikutan penahanan lelaki itu, polis menahan teman wanitanya berusia 34 tahun pada pukul 4.45 petang semalam di Kepala Batas dan siasatan mendapati dia turut terlibat dalam kegiatan jenayah itu serta berperanan mengadaikan barang kemas yang diragut atau disamun lelaki terbabit.

Siasatan mendapati pasangan kekasih itu terlibat dalam 12 kes samun dan ragut di SPU pada Ogos dan September serta dua kes di Seberang Perai Tengah.

Mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Noorzainy berkata polis menahan 10 lelaki berusia 21 hingga 40 tahun yang sedang berpesta dadah di sebuah rumah di Taman Desa Ara, Tasek Gelugor di sini pukul 2 petang Selasa.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas 36.6 gram syabu serta heroin (2.1 gram) bernilai RM5,500.

Ujian air kencing juga mendapati kesemua mereka positif dadah.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan