Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi Ramli dalam saingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu yang berlangsung di 10 cabang di Kedah hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin dapat mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Insya-Allah, akan terus diberikan tugas dan amanah ini,” katanya dalam Bicara Minda anjuran Sinar Harian.

Azmin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan hadirin yang bertanyakan bagaimana jika beliau gagal dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang.

“Doakan menang,” jawab Azmin ringkas.

Beliau menyifatkan pemilihan PKR itu berlangsung dalam suasana kekeluargaan, justeru itu tidak perlu berhempas pulas kerana yakin ahli akan membuat pilihan berdasarkan kepada rekod.

Bagaimanapun, beliau memberi keyakinan kepada ahli-ahli parti untuk memilih dan bersedia menerima sebarang keputusan memandangkan pemilihan itu adalah proses kematangan dalam membuat keputusan.

Dalam perebutan jawatan nombor dua itu, kedudukan Azmin dilihat sebagai kritikal kerana diberi cabaran sengit oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi setakat ini mendahului Azmin apabila menang di Kelantan, Terengganu, Pahang kelmarin dan Wilayah Persekutuan, semalam.

Mohamed Azmin pula setakat ini menang di Pulau Pinang dan Johor yang diadakan pada 23 September serta 1 Oktober lalu. – MalaysiaGazette