Ahmad Zahid Hamidi diiringi oleht pegawai-pegawai SPRM ketika tiba di pejabat itu pagi ini.

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi datang lagi ke Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk sambung memberi keterangan.

Beliau tiba pukul 9.16 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Lexus  berwarna putih dan memakai baju warna yang sama.

Ini merupakan kali kelima Ahamd Zahid ke SPRM.

Difahamkan, SPRM akan mengambil keterangan daripada Zahid sehingga jam 12 tengahari dan kemudian berhenti rehat untuk solat Jumaat.

Presiden UMNO itu akan datang semula pada pukul 3 petang nanti untuk sambung keterangan.

Ahmad Zahid hadir ke SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana sebuah yayasan membabitkan nilai mencecah RM800,000.

Beliau sempat melemparkan senyuman serta melambai kepada petugas media yang  menunggu di pintu masuk bangunan itu sejak pukul 8.15 pagi tadi.

Semalam Ahmad Zahid diambil keterangan selama sembilan jam oleh pihak SPRM. – MalaysiaGazette