KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menerima sokongan daripada pelakon terkenal India, Kamal Haasan.

Kamal berkata, Anwar adalah contoh pemimpin yang sempurna dan golongan kurang bernasib baik boleh bergantung harap kepadanya.

“Parlimen Port Dickosn mempunyai peluang untuk merekodkan sejarah politik Malaysia dengan membawa semula Anwar ke Parlimen, tempat selayaknya untuk beliau,” kata Kamal dalam video yang dikongsikan melalui Facebook Calon Pakatan Harapan itu.

Kamal adalah pengasas parti Makkal Needi Maiam.

Beliau percaya dengan kemunculan semula Anwar, hubungan Malaysia dengan India dan Tamil Nadu akan semakin kukuh.

PRK Parlimen Port Dickson akan berlangsung esok dengan menyaksikan Anwar ditentang oleh calon Pas dan lima bebas. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan