KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menafikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Penafian itu dibuat oleh PPBM dalam Facebook.

Spekulasi itu tersebar kuat melalui media sosial.

Ada mesej mendakwa, Ahli Parlimen PKR Sungai Petani dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gurun, Johari Abdul akan dilantik sebagai Menteri Kedah yang baharu.

Pelantikan-pelantikan itu ekoran keadaan kesihatan Muhyiddin.

Muhyiddin telah muncul pada kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding sebagai calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson malam tadi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan