Gambar di kawasan lokasi nahas di Kilometer 14.5 Subang-Damaansara di Lebuh raya NKVE.

KUALA LUMPUR – Dua maut dan orang orang dilaporkan cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14.5 utara (Subang-Damansara) awal pagi ini.

Tragedi ngeri yang membabitkan treler, kereta dan motosikal itu dipercayai berlaku dalam pukul 4 pagi tadi.

NKVE3
Sebuah kereta remuk akibat kejadian nahas di Lebuhraya NKVE, awal pagi ini.

Kemalangan itu menyebabkan laluan trafik dari kedua-dua arah perlahan.

Difahamkan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan sedang giat dijalankan/

Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya Malaysia berkata, laluan arah utara/Damansara telah dibuka.

NKVE
Sebuah kontena terbalik di atas jalan raya dalam kemalangan di Lebuh raya NKVE.

Namun lorong kanan dan tengah (arah selatan/Subang) masih ditutup.

Trafik perlahan bermula dari Setia Alam/Kota Damansara ke lokasi.

Sehubungan itu, pengguna diminta menggunakan laluan alterntif lain. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan