Penasihat DAP, Lim Kit Siangrucap pada Ceramah Mega Pakatan Harapan Dun Lukut sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Bilik Gerakan Dun Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OKTOBER 2018.
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Pembantu Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat laporan polis bukan terhadap bekas perdana menteri itu sebaliknya ke atas pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Menurut kenalan rapat bekas Perdana Menteri itu kepada MalaysiaGazette, laporan polis hanya dibuat selepas satu perbincangan dijalankan di kediaman Najib di Taman Duta jam 3 petang ini.

Sumber berkata ia bagi memastikan langkah yang diambil Najib tepat dan tidak mengulangi tindakan sama yang pernah dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Sebaliknya pembantu Najib dijangka membuat laporan ke atas Kit Siang kerana menuduh beliau berbohong berhubung gesaan membuka semula kertas siasatan kes-kes pembunuhan.

Antara kes pembunuhan berprofil tinggi itu melibatkan Altantuya Shaarribuu Kevin Morais, Hussain Najadi dan Teo Beng Hock.

Lewat malam tadi, Najib dalam posting laman sosial Facebooknya berkata, beliau akan meminta pembantunya membuat laporan polis supaya membuka semula kes-kes pembunuhan yang membabutkannya.

Menurut Najib, tindakannya membuat laporan polis ke atas dirinya sendiri selepas beberapa kali mendesak Kit Siang supaya memujuk pihak berkuasa menyiasat semula kes-kes pembunuhan tersebut. – MalaysiaGazette