KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat sebanyak 11.4 peratus pada Ogos kepada 62,862 tan metrik berbanding 56,454 tan metrik pada Julai. Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran meningkat 2.9 peratus.

Harga purata Lateks Pekat yang direkodkan ialah 406.95 sen sekilogram, menurun 2.0 peratus manakala harga purata Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M. 20) ialah 542.98 sen sekilogram, naik sebanyak 2.9 peratus apabila dibandingkan dengan harga purata pada Julai 2018, menurut Jabatan Statistik Malaysia.

Eksport getah asli Malaysia berjumlah 57,670 tan metrik dan menunjukkan peningkatan 2.1 peratus.

Katanya, China kekal sebagai destinasi utama, menyumbang 52.1 peratus daripada jumlah eksport pada Ogos, diikuti Jerman (13.0%), Iran (5.5%), Korea (3.3%) dan Finland (3.1%).

Penggunaan domestik getah asli pada Ogos 2018 ialah 42,755 tan metrik berbanding 44,188 tan metrik pada Julai 2018 dengan pengurangan sebanyak 3.2 peratus.

Industri sarung tangan getah sebagai pengguna utama menggunakan 31,930 tan metrik atau 74.7 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik getah asli. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan