Permohonan daftar anak untuk dokumen IMM13 dihentikan serta-merta
Permohonan daftar anak untuk dokumen IMM13 dihentikan serta-merta

KOTA KINABALU — Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menghentikan penerimaan permohonan pendaftaran anak-anak untuk mendapatkan dokumen IMM13 daripada ibu bapa pemegang dokumen IMM13.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk Musa Sulaiman dalam kenyataannya hari ini berkata arahan pemberhentian penerimaan permohonan berkenaan berkuat kuasa serta-merta (12 Okt) di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Untuk rekod, dokumen IMM13 dikeluarkan kepada warga Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an dari negara asal mereka di selatan Filipina ekoran krisis politik di wilayah selatan negara itu.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan