ringgit
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan Jumaat berikutan sokongan belian yang sederhana terhadap ringgit, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit adalah 4.1520/1560 berbanding 4.1580/1600 yang direkodkan pada penutup semalam.

“Ringgit yang tinggi sedikit ini tidak akan bertahan lama dan dijangkakan perang perdagangan akan meningkat yang mana ia akan memihak kepada dolar,” kata peniaga berkenaan.

Selain daripada itu, ringgit juga disokong oleh kekukuhan harga minyak mentah, katanya.

Pada jam 9.31 pagi, penanda aras minyak mentah Brent meningkat kepada AS$80.48 setong selepas pasaran rendah akibat kejatuhan dalam pasaran ekuiti serta petunjuk bahawa kebimbangan bekalan akan menjadi berlebihan.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakan rendah berbanding kesemua mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0203/0234 daripada 3.0124/0143 semalam, susut berbanding euro kepada 4.8155/8205 daripada 4.8054/8094 dan susut berbanding pound British kepada 5.4964/5034 daripada 5.4873/4916.

Ringgit didagangkan tinggi berbanding yen Jepun pada 3.7019/7061 daripada 3.7052/7080. – MalaysiaGazette