Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beredar dari Ibu Pejabat Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 12.24 tengahari tadi.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beredar dari Ibu Pejabat Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 12.24 tengahari tadi.

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beredar dari Ibu Pejabat Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 12.24 tengahari tadi.

Beliau dijangka datang semula untuk menyambung keterangan pukul 3 petang nanti.

“Saya dibenar untuk pergi solat Jumaat dan makan tengahari.

“Saya akan datang semula selepas selesai semua yang hendak saya lakukan tengahari ini.” katanya kepada media di perkarangan bangunan berkenaan di sini.

Ahad Zahid berkata, beliau mengharapkan agar keterangan yang sepatutnya diberikan akan berakhir hari ini.

Terdahulu, beliau tiba di agensi penguatkuasa undang-undang itu pukul 9.18 pagi dengan menaiki warna putih kenderaan jenis Toyota Lexus.

Kehadiran Zahid yang merupakan bekas timbalan perdana menteri merupakan kali yang  kelima.

Zahid hadir ke SPRM bagi membantu siasatan oleh agensi pencegahan rasuah itu berhubung penyelewengan dana sebuah yayasan membabitkan nilai mencecah RM800,000.

Semalam, Ahmad Zahid diambil keterangan selama sembilan jam oleh pihak SPRM.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diarahkan hadir ke ibu pejabat SPRM untuk dirakam keterangan dengan kali pertama dan kedua beliau hadir adalah pada 2 dan 3 Julai lalu serta semalam. – MalaysiaGazet