Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif bin Abdulaziz,

RIYADH – Arab Saudi mengutuk dan mengecam dakwaan palsu oleh media yang mengaitkan kehilangan seorang wartawan, Jamal Khashoggi dengan negara itu.

Khashoggi adalah warga Arab Saudi.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif bin Abdulaziz, Menteri Dalam Negeri menegaskan dakwaan bahawa negara itu memerintahkan wartawan itu dibunuh adalah satu pembohongan dan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Jelas beliau, Arab Saudi adalah sebuah negara yang komited terhadap prinsip, peraturan dan tradisi dan mematuhi undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Beliau memuji kerjasama di Turki melalui Suruhanjaya Penyelidikan Bersama dan saluran rasmi lain turut menekankan pentingnya peranan media dalam pemindahan fakta dan tidak mempengaruhi penyiasatan dan prosiding penghakiman.

Putera Abdulaziz berkata, Arab Saudi sentiasa menjaga kepentingan warganya di dalam dan di luar negara dan bersama-sama mencari kebenaran berhubung kehilangan Khashoggi. – MalaysiaGazette