NEW YORK – Facebook meningkatkan tempoh masa menunggu kepada dua kali ganda sebelum meluluskan permohonan pengguna yang mahu memadamkan profil masing-masing.

Sebelum ini Facebook memberikan tempoh selama 14 hari kepada pengguna sebelum akaun mereka dipadamkan namun sekarang tempoh tersebut dilanjutkan kepada 30 hari.

Ia bagi memberikan masa mencukupi untuk para pengguna membuat keputusan muktamad sebelum kesemua data dan maklumat di dalam akaun masing-masing dipadamkan selama-lamanya dari platform media sosial itu.

Dalam tempoh 30 hari selepas membuat permohonan untuk memadamkan akaun Facebook, para pengguna masih lagi boleh melakukan log masuk ke dalam laman web dan menekan “Batal Pemadaman” untuk terus mengunakan platform media sosial itu.-MalaysiaGazette