Jalan Pantai di depan pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), ditutup bermula 5.20 petang sehingga lewat malam ini bagi melancarkan proses penghantaran peti undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson hari ini. 
Jalan Pantai di depan pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), ditutup bermula 5.20 petang sehingga lewat malam ini bagi melancarkan proses penghantaran peti undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson hari ini. 

PORT DICKSON – Jalan Pantai di depan pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), ditutup bermula 5.20 petang sehingga lewat malam ini bagi melancarkan proses penghantaran peti undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata penutupan itu membabitkan lorong menuju Teluk Kemang sahaja manakala lorong bertentangan digunakan untuk laluan kedua-dua hala.

“Hanya lorong menghala ke Telok Kemang sahaja ditutup dan dilencongkan, lorong ke arah pekan Port Dickson dan Lukut masih boleh dilalui kenderaan,

“Polis menasihatkan agar pengguna atau penyokong yang hadir pada proses pengiraan undi malam ini, tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan hingga menyebabkan kesesakan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Kata Aidi, kawasan itu dijangka sesak dengan jumlah penyokong yang ramai hadir bagi menunggu keputusan PRK yang akan diumumkam di dewan berkenaan

Kelihatan anggota polis trafik mula mengawal pergerakan lalu lintas selain memasang pagar penghadang. Aliran trafik bagi kedua-dua arah di jalan itu masih lancar dan terkawal.

— BERNAMA