Kemuncak Gurja Himalaya yang dilanda angin ribut dan menyebabkan kematian sembilan pendaki. foto AGensi

NEPAL – Sekurang-kurangnya lapan pendaki mati apabila ribut salji memusnahkan kem mereka di puncak Gurja Himalaya di Nepal barat.

Pasukan ekspedisi Korea Selatan yang terdiri daripada lima anggota dan empat orang pemandu Nepal berada di kem dasar Gunung Gurja apabila ribut itu melanda, kata polis pada hari Sabtu.

Sebuah helikopter penyelamat berada di tempat kejadian mengesahkan melihat lapan mayat di dalam runtuhan kem itu, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan cuaca buruk.

Pendaki kesembilan masih belum dijumpai, juga dikhuatiri mati.

“Lima pendaki Korea Selatan mati, tiga warga Nepal juga mati. Seorang lagi pemandu pendaki Nepal hilang,” kata jurucakap polis Sailesh Thapa.

Pendaki Korea Selatan, Kim Chang-ho, indivdiu terpantas untuk sampai ke kemuncak 14 gunung tertinggi di dunia tanpa menggunakan oksigen tambahan adalah antara yang mati.

“Kem itu musnah sepenuhnya dan mayat mereka bertaburan berhampiran kem, ka,” kata laporan BBC.

Pasukan penyelamat akan dihantar pada hari Ahad dengan syarat cuaca baik. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan