curang
Seorang lelaki di Lima, Peru menceraikan isterinya selepas melihat sekeping gambar yang diambil oleh Google Maps menunjukkan wanita tersebut curang.

LIMA- Seorang lelaki menceraikan isterinya selepas mendapati wanita tersebut curang dengan lelaki lain.

Lelaki yang tidak mendedahkan identiti itu mengetahui mengenai kecurangan isterinya melalui sekeping gambar yang diambil oleh Google Maps dan dipaparkan di Facebook.

Gambar yang memperlihatkan seorang lelaki sedang berbaring sambal meletakkan kepalanya di atas peha seorang wanita yang  diambil pada Oktober 2013 di Puente de los Suspiros.

Lelaki berkenaan mendapati pakaian yang dipakai oleh wanita di dalam gambar tersebut sama dengan isterinya.

Ini bukan kali pertama Google Maps mendapat perhatian akibat gambar-gambar di luar jangkaan.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak di Beunos Aires mendapat perhatian netizen apabila Google Maps mengambil gambarnya yang hampir terjatuh ketika berjalan.- MalaysiaGazette