Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim berkata, Kementerian Pendidikan juga dicadangkan supaya memansuhkan peraturan pemakaian blazer untuk pengawas.
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pemakaian kasut sekolah berwarna hitam di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaa akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula tahun 2021.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya berkata, peraturan itu akan dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 sebelum diperluaskan pada tahun 2020.
Bagaimanapun, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut berwarna putih.
“Dalam tempoh tersebut juga pihak sekolah diminta tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid memakai kasut berwarna hitam.

“Ibu bapa juga dinasihatkan tidak tergesa-gesa menyediakan kasut berwarna hitam memandangkan murid masih mempunyai pilihan untuk memakai kasut putih sehingga 2020,” menurut KPM lagi.

Jelasnya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, guru, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan pihak pembekal kasut sekolah. – MalaysiaGazette