Banjir akibat hujan lebat mengorbankan nyawa dan memusnahkan kediaman penduduk di Sumatera. foto Agensi

JAKARTA – Banjir kilat dan tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat di Indonesia mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang termasuk 11 orang pelajar manakala 15 orang lagi dilaporkan hilang.

Beratus-ratus kediaman pula dilaporkan musnah.

Lebih daripada 500 kediaman di utara dan barat Sumatera dinaiki air atau dibawa banjir.

“Pasukan penyelamat masih dalam perjalanan,” kata Ketua Agensi Bencana Alam, Sutopo Nugroho.

Menurutnya, pihak masih sukar untuk akses ke kawasan pergunungan disebabkan jalan raya rosak.

Di utara Sumatera pula, 11 pelajar sekolah agama maut selepas dinding kelas runtuh apabila sungai berhampiran melimpah semalam.

Pasukan penyelamat dikerah untuk mencari pelajar yang masih hilang kerana ketika kejadian terdapay 29 orang sedang mengikuti pembelajaran.

Polis pula memaklumkan dua hilang selepas dihanyutkan air sungai.

Empat orang lagi terbunuh dalam tanah runtuh di Sibolga di utara Sumatera dan di timur Sumatera empat terkorban termasuk dua kanak-kanak. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan