Bongkah-bongkah batu mengelilingi sebuah kediaman di kawasan Gunung Elgon selepas Sungai Sume melimpah. foto Agensi

KAMPALA – Tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Uganda mengorbankan lebih 40 nyawa.

Jumlah kematian dikhuatiri meningkat bagi pasukan penyelamat tiba di kawasan Gunung Elgon.

Tanah runtuh itu berlaku selepas air Sungai Sume naik dan melimpah keluar, meranapkan kediaman berhampiran. Banjir lumpur turut memburukkan keadaan.

Air yang deras mengakibatkan batu-batu besar ‘melanggar’ kediaman penduduk yang terletak di tepi sungai.

Setakat ini, 36 mayat telah ditemui. Pencarian mayat sukar kerana lumpur tebal dan kawasan berbukit menyukar operasi mengesan mangsa-mangsa.

Tanah runtuh di Bududa, di wilayah sama juga pernah meragut lebih daripada 300 nyawa pada tahun 2010.

Kawasan itu terletak dalam pergunungan berapi yang kaya dengan hasil pertanian tetapi penduduknya padat.

Selepas bencana alam sebelum ini, penduduk telah diarah berpindah tetapi mereka datang semula kerana tanah di situ subur. – MalaysiaGazette