Kediaman di tepi-tepi pantai di Mexico Beach musnah sama sekali dilanda Taufan Michael. foto Agensi

FLORIDA – Taufan Michael telah menlanda di sebuah bandar pantai Florida diumpamakan “ibu semua bom”.

Bencana alam itu dikatakan hampir melenyapkan kawasan berkenaan.

Ribut dengan angin selaju 250 kilometer sejam itu memusnahkan kawasan pantai utara-barat di Mexico Beach.

Setakat ini 16 orang mangsa menjadi mangsa badai yang paling kuat dalam sejarah Amerika Syarikat itu.

panama

Struktur bangunan di bandar Panama, Florida runtuh akibat angin kencang Taufan Michael. foto AgensiPara penyelamat masih belum dapat memasuki beberapa kawasan kerana sukar, menurut pekerja pengurusan kecemasan.

Sementara itu, lebih sejuta kediaman masih tidak mempunyai bekalan elektrik di Florida, Alabama, Georgia, Virginia dan Carolina.

Taufan Michael adalah dari kategori lima peringkat teratas, merosakkan seluruh kawasan kejiranan sebelum beralih ke laut pada pagi Jumaat.

Angin kencang itu dikatakan ‘menyapu’ kediaman di tepi-tepi pantai, bot dan gerabak keretapi seberat 30 tan seperti alat permainan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan