Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat pusat mengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 13 OKTOBER 2018.

PORT DICKSON – Laporan tidak rasmi menunjukkan setakat pukul 7.33 petang tadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memperoleh majoriti 18,790 mendahului enam pesaingnya.

Keputusan itu sekaligus menunjukkan Anwar yang merupakan calon Pakatan Harapan berjaya mengatasi majoriti yang diperoleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah iaitu 17,710 semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 May lalu.

Setakat ini, jumlah undi yang dikira adalah sebanyak 36,335 undi dan Anwar memperoleh 25,409 undi atau pun 69.93%.

Tinggalkan Jawapan