Home Nasional 10,070 calon duduki peperiksaan STAM

10,070 calon duduki peperiksaan STAM

10
0

KUALA LUMPUR – Seramai 10,078 calon akan menduduki Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dijalankan pada 16, 17, 18, 22 dan 23 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu, jumlah calon itu akan melibatkan 257 pusat peperiksaan yang akan dibuka di Malaysia dan Kemboja.

Jelas kementerian,, sebanyak 1,102 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan itu berjalan lancar seperti dijadualkan.

“Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar,” kata kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

Jelas kementerian, jumlah jenis calon meliputi Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan seramai 2,724 (27.0% ), Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 4,896 (48.6% ) dan Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 851 (8.4% )

Jenis calon lain adalah Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan seramai 57 (0.6% ), calon Persendirian seramai 1,428 (14.2% ) dan calon Luar Negara(Kemboja) seramai 122 (1.2% ). – MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan