Home Seni Hidup Kecik ganti Lan, kini vokalis Kristal

Kecik ganti Lan, kini vokalis Kristal

57
0
Kecik (dua dari kiri) kini merupakan vokalis Kristal.
Kecik (dua dari kiri) kini merupakan vokalis Kristal.

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi kumpulan HyperAct, Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin, 24, dipilih untuk mengisi kekosongan vokalis kumpulan Kristal.

Kehadiran Kecik itu kena pada pasa masanya apabila Kristal turut melancarkan single terbaharu mereka berjudul Cintaku Kristal.

“Lagu itu bergenre slow rock di mana ia masih mengekalkan konsep lagu Kristal serta muzik yang lebih segar.

“Ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk disiapkan bagi memastikan susunan muzik dan melodi masih kekal dan tidak lari dari konsep lagu Kristal yang terdahulu,” jelas Kristal dalam satu kenyataan.

Tambah kumpulan yang ditubuhkan sejak 1998, Cintaku Kristal tampil dengan vokalis baru yang berjiwa rock serta mempunyai nada suara yang unik sudah pasti membawa satu kelainan terhadap kumpulan kristal.

“Selain itu, Kecik mampu untuk membawa lagu-lagu Kristal dengan begitu baik sekali. Bekerjasama dengannya amat mudah malahan ahli anggota yang lain juga menerima kehadiran beliau dengan tangan terbuka,” ujar kumpulan itu.

0b1526a4-dc0c-42d3-895d-48ed2b894bf5
Pelancaran single terbaharu Kristal berjudul Cintaku Kristal berlangsung baru-baru ini.

Tiga ahli anggota kumpulan Kristal yang masih kekal sama iaitu Muhamad Rodi Baharuddin (Rodi) sebagai gitaris, Muhamad Ashraff Baharuddin (Acap) sebagai drummer, Muhammad Afifi Bin Nor Mohamed (Kechiq Afifi) sebagai bassist

Dalam perkembangan lain, Kristal akan mengadakan persembahan istimewa di House, G Tower, Kuala Lumpur pada 24 November depan.

Tiket berharga RM60 boleh didapati pada hari dan lokasi persembahan.

Sementara itu, Kristal merupakan sebuah kumpulan yang memperjuangkan genre muzik melayu pop rock ini mula di kenali dengan lagu Seragam Hitam dan Membisu menerusi album pertama mereka berjudul Semut & Lebah.

Kemudian mereka terus mengukir nama pada tahun 2002 dengan lagu Delaila dan Resam Pak Belalang menerusi album kedua mereka Pak Belalang.

Sehingga kini, Kristal telah menghasilkan 12 album yang menampilkan ramai komposer-komposer besar tanah air seperti M.Nasir, Loloq, Tam Spider dan Joe Wings. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan