Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson hari ini.

Najib di laman sosialnya memuatnaik catatan ucapan tahniah itu sebaik sahaja Anwar diumumkan sebagai wakil rakyat Parlimen Port Dickson yang baharu.

“Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kemenangan di PRK Port Dickson,” katanya.

Anwar memperoleh 31,016 undi, menewaskan calon Pas, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (7,456) undi.

Lima calon bebas iaitu bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan memperoleh (82 undi), bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230 undi), Lau Seck Yan (214 undi), personaliti media sosial Stevie Chan (337 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi). – MalaysiaGazette