Messi
Lionel Messi

EMIRIAAH ARAB BERSATU – Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak mengesahkan kelab itu telah menawarkan Lionel Messi kenaikan gaji tiga kali ganda yang diterima di Barcelona.

Musim lalu, spekulasi timbul mengaitkan City yang berusaha mendapatkan khidmat Messi selepas pemain antarabangsa Argentina itu dikatakan masih menangguhkan lanjutan kontrak baharu di Nou Camp.

Messi juga dikatakan mempertimbangkan untuk meninggalkan Sepanyol selepas dia dan ayahnya dikejar oleh Lembaga Percukaian di Sepanyol kerana peraturan hak imej yang sangat rumit.

Khaldoon mengakui mereka benar-benar mahukan Messi dan mengarahkan Pep Guardiola bercakap sendiri dengan pemain itu.

Namun Messi akhirnya setuju untuk kekal di Barcelona sehingga 2021.

Menurut Forbess, Messi kini menerima gaji £507,000 seminggu dalam kontrak baharu.

Sekiranya Messi menerima tawaran itu, ini bermakna pemain itu akan menerima sekitar £1.1 billion (RM6 billion) seminggu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan