TERKINI : “Tak Sangka Pecah Kubu Kuat UMNO!”

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang memihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Ujarnya, beliau tidak percaya dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bagan Pinang dan Linggi yang menjadi kubu kuat UMNO berjaya dipecahkan.