KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, tetapi menyaksikan sedikit lantunan selepas itu, sungguhpun momentum luaran yang lemah, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.98 mata pada 1,731.72 daripada 1,730.74 Jumaat.

Ia dibuka 1.34 mata lebih rendah pada 1,729.4.

Peniaga berkata, momentum belian lemah dan kebimbangan berhubung kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kelembapan ekonomi global dan penilaian pasaran dijangka mengehadkan potensi kenaikan.

Pada 9.30 pagi, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 234 berbanding 139 dengan 196 tidak didagangkan.

Sejumlah 230.489 juta saham bertukar tangan bernilai RM154.380 juta. – BERNAMA

Tinggalkan Jawapan