Jamie Dimon. foto Reuters

NEW YORK – Ketua Pegawai Eksekutif JP Morgan, Jamie Dimon telah membatalkan namanya untuk menghadiri Persidangan pelaburan di Riyadh susulan ketegangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Beliau adalah tokoh berprofil tinggi terkini yang menarik diri dari ‘Davos in the Desert’ ekoran kehilangan Jamal Khashoggi, seorang wartawan.

“Kami boleh mengesahkan…Jamie tidak hari pada acara Arab Saudi” kata jurucakap JP Morgan namun enggan mengulas lanjut.

Turki sebelum ini menuduh Arab Saudi terlibat membunuh Khashoggi tetapi telah dinafikan oleh Riyadh.

Arab Saudi terus diberi tekanan selepas Khashoggi yang memasuki bangunan konsulat itu pada 2 Oktober lalu dilaporkan tidak keluar, dipercayai dibunuh.

Khashoggi terkenal kerana kerap mengkritik pemerintahan Arab Saudi.

Eksekutif lain seperti Pengerusi Ford Motor, Bill Ford dan Ketua Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi juga tidak hadir, menurut WSJ. – MalaysiaGazette