Menteri Industri Utama Teresa Kok menafikan dakwaan bahawa lawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China baru-baru ini merupakan
Teresa Kok

KUALA LUMPUR – Harga minyak sawit mentah Malaysia yang jauh lebih mahal dari Indonesia boleh menyebabkan China membatalkan import tambahan sebanyak 500,000 tan bagi komoditi itu.

Menteri Industri Utama berkata, China telah menyatakan harga mintak sawit negara perlu lebih kompetitif berbanding Indonesia berharga AS$40 lebih rendah bagi setiap tan berbanding harga Malaysia.

“Meskipun China memiliki perusahaannya tetapi pemerolehan mereka masih berdasarkan kepada harga,” kata Teresa Kok.

Bercakap di Parlimen hari ini, beliau berkata, import tambahan yang dimaklumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa lawatan rasmi ke China itu masih belum diputuskan oleh pengeksport Malaysia.

Katanya, data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia menunjukkan penurunan eksport minyak sawit ke China sebanyak 144,777 tan kepada 1.2 jura tan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pada tahun lalu, eksport China bagi komoditi itu adalah 1.34 tan.

Menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri berkata, China berhasrat untuk menambah 500,000 tan minyak sawit mentah pada harga kompetitif. – MalaysiaGazette