SEVILLE – Kapten Sepanyol, Sergio Ramos percaya pemain England, Harry Kane mampu untuk berjaya pada persaingan La Liga dan melihatnya sebagai pemain yang berbahaya dalam perlawanan Liga Negara di Seville.

Pemain Tottenham Hotspurs, Kane, 25, Tottenham, tidak menjaringkan gol dalam enam penampilan antarabangsa.

Ditanya sama ada terdapat pemain England yang akan berjaya di Sepanyol, Ramos menjawab: “Harry Kane secara fizikal dan teknikal adalah penyerang hebat.

Sepanyol berada di kedudukan teratas dalam kumpulan Liga Negara selepas mencatatkan dua kemenangan berturut-turut termasuk mengalahkan England 2-1 di Wembley bulan lepas.

Badgaimanapun, Ramos yang bakal mewakili negara untuk kali ke-160 tertarik dengan prestasi skuad Three Lions, yang menduduki tempat keempat pada Piala Dunia di Rusia, lapor BBC.

“Pada kebiasaannya terdapat pemain teknikal dalam pasukan England yang berbahaya tetapi saya boleh memberi jaminan bahawa kami mengikuti perkembangan mereka,” kata pemain pertahanan Real Madrid yang berusia 32 tahun itu.

“Kami tahu tahap kesukaran akan menjadi sangat tinggi, kami tahu kami mempunyai pasukan kebangsaan yang hebat dan walaupun kami bermain dengan baik di Wembley, ada sesuatu yang dapat kami perbaiki.

“Harry Kane adalah pemain yang sangat baik, kita perlu memastikan kemarau yang dihadapi beliau berterusan kerana ia baik untuk kami,”.

Selepas England seri 0-0 dengan Croatia pada Jumaat lalu, Kane menafikan cadangan bahawa beliau perlu berehat dan berkata, dia tidak berasakan bahawa prestasinya merosot. – Agensi