PEKAN – Seorang jiran kepada dua sepupu yang lemas tali air sawah Kampung Permatang Chengkeroh, Merchong dekat semalam telah melaungkan azan setelah usaha mereka mencari dua kanak-kanak berusia enam di dalam tali air berkenaan tidak berjaya.

Menurut ibu kepada salah seorang mangsa Thaibah Abd Razak, 37, sebaik sejurus selepas azan dilaungkan, mayat anaknya Muhamad Akif Aiman Adnan serta anak saudaranya Mohamad Alif Nazim Sabri ditemui di dasar tali air berkenaan.

“Saya mendapat tahu kejadian itu apabila anak saya yang juga kakak kepada Muhammad Akif, Aishah Nazirah (9 tahun) berlari-lari pulang ke rumah dalam keadaan cemas sebelum memaklumkan tentang kejadian yang menimpa adiknya.

“Selepas mendapat tahu, saya bersama jiran-jiran terus berlari ke parit berkenaan yang terletak 30 meter dari rumah. Orang kampung kemudian terjun ke dalam air untuk mencari tetapi tak jumpa.

“Selepas 15 minit gagal menemuinya, ada jiran laung azan di tepi parit itu dan selang seminit selepas itu, Aiman berjaya ditemui sebelum diikuti Alif dengan keadaan mayat kebiruan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.-BERNAMA