Tajuddin Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak ditempelak apabila mendakwa beban hutang yang ditanggung oleh Felda pada hari ini berpunca daripada kelemahan pengurusan syarikat tersebut.

Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, apa yang ditanggung oleh Felda pada hari ini adalah diwarisi daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dahulu.

“Bila diberi amanah, Barisan Nasional melakukan rasuah dan curang terhadap tanggungjawab,” katanya Azmin.

Jawapan Azmin itu disambut oleh kritikan oleh Tajuddin yang mempersoalkan mengapa kerajaan sekarang masih tidak berubah dan mahu menunding jari kepada pemerintah sebelum ini.

“Itu pun masih mahu menjadi calon di Port Dickson,” celah Azmin walaupun tanpa menyebut nama Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang merupakan bekas Pengerusi Felda.

Tambah Azmin lagi, Tajuddin sepatutnya memberi ‘kuliah’ kepada mereka. – MalaysiaGazette