Harry
Pasangan Putera Harry dan Meghan Markle bakal menimang cahaya mata musim panas tahun depan.

LONDON- Istana Kensington mengumumkan Duchess of Sussex, Meghan Markle kini sudah hamil dan bakal menimang cahaya mata pada musim panas tahun depan.

“Yang Teramat Mulia sangat menghargai sokongan yang diberi kepada keluarga baginda sejak perkahwinan mereka pada Mei lalu dan berbangga dapat berkongsi berita gembira ini.

“Baginda Ratu, Duke of Edinburgh, Prince of Wales, Duchess of Cornwall serta pasangan Duke and Duchess of Cambridges sangat gembira dengan perkhabaran tersebut.

“Mereka sempat mengucapkan tahniah secara peribadi ke atas pasangan Putera Harry dan Meghan pada semasa majlis perkahwinan Puteri Eugenie, Jumaat lepas,” katanya.

Tambah jurucakap istana itu lagi, ibu Meghan, Doria Ragland juga menyatakan kegembiraannya dengan berita tersebut dan tidak sabar menantikan cucu pertama beliau.

Pihak istana tidak memberi komen sama ada bapa Meghan, Thomas Markle telah diberitahu mengenai berita kehamilan anaknya.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan