RMK11
Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perang perdagangan antara dua kuasa besar ekonomi dunia – China dan Amerika Syarikat belum memberi kesan ketara kepada Malaysia.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagaimana kesannya akan ada.

“Kalau ada kesan, kita harap dengan pemindahan pelaburan Amerika Syarikat di China ke Malaysia.

“Kita mungkin akan mendapat kebaikan daripada perang perdagangan ini,” katanya  ketika menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh).

Annuar bertanya sama ada Malaysia terikat dengan China atau Amerika Syarikat atau mengamalkan dasar berkecuali dalam perang perdagangan tersebut.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, dasar kerajaan Pakatan Harapan tidak campur tangan dalam sebarang peperangan. – MalaysiaGazette.

Tinggalkan Jawapan