Beginilah keadaan pesawat Cesna yang merempuh kawasan terbuka di bukit Wasserkuppe, Jerman dan menyebabkan tiga kematian. foto Agensi

BERLIN – Sebuah pesawat kecil terhempas di tengah Jerman mengorbankan dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Pesawat Cesna berenjin tunggal itu terhempas di kawasan terbuka di bukit Wasserkuppe berhampiran bandar Fulda di Hesse ketika orang ramai berada di situ.

Lokasi tragedi menjadi tumpuan orang ramai dan paraglider.

Pesawat itu dikatakan cuba terbang tinggi selepas gagal mendarat tetapi kemudian merempuh pagar lapangan terbang.

Dalam kejadian itu lapan lagi dilaporkan cedera.

Polis masih mengenal pasti identiti mangsa-mangsa yang terkorban.

Juruterbang dan tiga penumpangnya turut dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Nahas itu berlaku ketika cuaca baik dan punca kemalangan masih belum diketahui. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan